Skip to content
Nusanterra ialah syarikat start-up tempatan yang ingin mengintegrasikan Penyelesaian Iklim Berasaskan Alam Semula Jadi serantau ke dalam tindak balas terhadap krisis iklim global.
Screenshot 2022-09-22 at 08.12.18

Nusanterra bertujuan untuk mengumpulkan rakan kongsi dan proses yang diperlukan untuk menyampaikan projek pemuliharaan berkualiti tinggi yang diperakui bagi pelabur yang mementingkan karbon yang mencari penyelesaian yang boleh dipercayai. Pasukan Nusanterra menggabungkan pelbagai latar belakang daripada ekonomi, perundingan, dasar iklim dan pemuliharaan untuk menyokong organisasi yang mahu mencapai sasaran pemuliharaan mereka melalui Penyelesaian Iklim berasaskan Alam.

Penyelesaian Iklim berasaskan Alam juga melibatkan perlindungan dan pemulihan ekosistem semula jadi seperti hutan, tanah gambut dan bakau, yang berpotensi untuk menyediakan 1/3 daripada sasaran pengurangan pelepasan karbon menjelang 2030. Selain itu, Penyelesaian Iklim berasaskan Alam dapat menjimatkan kos dan memberikan faedah tambahan yang ketara dengan menyokong biodiversiti dan menjana pendapatan untuk masyarakat luar bandar.

Mengenai Kami

Khairun Nisa Zabidi
Khairun Nisa Zabidi
Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Bennett
Richard Bennett
Pengasas Bersama
Dr. Afiq Rahmat
Dr. Afiq Rahmat
Pengasas Bersama
Shaqib Shahril
Shaqib Shahril
Perunding Muda

Who we are

Khairun Nisa Zabidi
Khairun Nisa Zabidi
Co-Founder
Richard Bennett
Richard Bennett
Co-Founder
Dr. Afiq Rahmat
Dr. Afiq Rahmat
Co-Founder
Shaqib Shahril
Shaqib Shahril
Junior Consultant
Dr. Agkillah Maniam
Dr. Agkillah Maniam
FORESTS Lead
Dr. Tom Smith
Dr. Tom Smith
PEATLANDS Lead
Dr. Reuben Clements
Dr. Reuben Clements
BIODIVERSITY Lead
Dr. Koh Lian Pin
Dr. Koh Lian Pin
MANGROVES Lead

 

Dalam beberapa tahun kebelankangan ini, Pasaran Karbon Sukarela telah mendapat perhatian yang ketara apabila individu, syarikat dan kerajaan berusaha untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka. Pasaran ini dijangka meningkat dalam nilai kepada $10-40 bilion USD menjelang 2030, melibatkan transaksi 0.5-1.5 bilion tan bersamaan karbon dioksida, berbanding dengan 500 juta tan ketika ini. Projek Nusanterra juga menyasarkan untuk memberikan faedah tambahan yang ketara dengan menyokong biodiversiti dan menjana pendapatan bagi masyarakat luar bandar di Kepulauan Melayu.

Dan sementara pemuliharaan dan penggubal dasar terkemuka negara terus berusaha untuk melindungi hutan kita yang masih kekal, Nusanterra juga percaya bahawa dengan keterlibatan penyertaan daripada pelabur alam semula jadi dan pemilik tanah persendirian - terutamanya daripada industri komoditi dan perladangan - boleh menjadi pemangkin yang kuat, walaupun tidak dijangka, dalam misi kolektif kita untuk mencapai pengurangan iklim.

Screenshot 2022-09-22 at 08.11.38 (2)

Ingin mempunyai kerjaya yang memberi impak?

Jadilah sebahagian daripada kami, tidak kira di mana anda berada sekarang